Pada post kali ini adalah mengenai sesi perbentangan Power Point aplikasi komputer pada hari kedua.
Aku lah kumpulan pertama yang buat perbentagan pada hari kedua tersebut.Agak cuak jugalah, aku rasa perbentagan aku pada pagi itu agak serius, dan sebab tajuk aku kot, iaitu Ilmu pertolongan cemas.
Antara tajuk yang di bentangkan pada hari kedua tersebut ialah mengenani nostalgia zaman kanak-kanak, gubahan, stress, aplikasi mobile dan banyak lagi.
Alhamdulillah pada hari kedua semuanya berjalan dengan lancar tapi tetap dengan masalah speaker. Nasib baik ada rakan yang telah bersedia dengan speakernya fuhh~~ Semua tajuk perbentagan yang dibentangkan oleh rakan-rakan sangat menarik ditambah pula dengan video yang kreatif. Membuatkan perbentagan korang sangat ohsemm ^__^ Tahniah kepada semua!
Dengan adanya perbentagan Power Point seperti ini dapat meningkatkan lagi keyakinan kami para pelajar untuk berucap di khalayak ramai serta menigkatkan pengetahuan dalam bidang komputer.
Ia juga dapat mengasah bakat-bakat yang terpendam dalam diri setiap pelajar dalam bidang komputer iaitu dalam pembikinan video. Tugasan ini dapat megeratkan silaturahim diantara para pelajar. Hal ini kerana tugasan tersebut dilakukan dalam berkumpulan, jadi kerjasama yang tinggi sangat diperlukan antara ahli kumpulan.
Itu sahaja review mengenai Sesi Perbentagan Power Point Aplikasi Komputer pada hari kedua.
Terima kasih :)
No comments:
Post a Comment